Friday, May 29, 2009

Amalan - Bil.4

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;


DOA AGAR BANYAK BERZIKIR, SYUKUR DAN TAAT

Keterangan:

Antara wasiat Nabi saw kepada Muaz ra ialah agar dapat mengamalkan doa ini setiap selesai solat. Walau bagaimana pun, untuk sampai keperingkat khusyuk dan gembira dalam beribadah,seseorang itu memerlukan mujahadah atau kesungguhan.

Sumber : Kitab "Doa & Zikir Harian" karangan Zahazan Mohamed
Selamat beramal.
bersambung...

=ksrmimbar=

Friday, May 22, 2009

Majlis Maulidur Rasul 28 Mei 2009

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Majlis Maulidur Rasul akan diadakan seperti berikut:
Tajuk : Maulidur Rasul
Tarikh : 28 Mei 2009, Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati Fasa 5
Penceramah : Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki
Keterangan : Antara lain, program akan diisi dengan solat maghrib dan isyak berjemaah, bacaan al-quran oleh Sdr Hamdani Abu Zahid, Naib Johan Juzuk 1-15, Ujian Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Qasidah dan Ceramah. Jamuan makan Beriyani Kambing Special juga disediakan.
Datanglah beramai-ramai.

=ksrmimbar=

Wednesday, May 20, 2009

Amalan - Bil.3

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. 'amma ba'du;

DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Keterangan:
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Maryam as buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah qurban yang diwarisi turun-menurun.

Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (tafsir al-samarqandi, tafsir ayat 38,surah Ali'Imran). Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah swt, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiyamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.

Sumber : Kitab "Doa & Zikir Harian" karangan Zahazan Mohamed
Selamat beramal.
bersambung...

=ksrmimbar=

Friday, May 15, 2009

Tanggungjawab Solat - Siri2

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. 'amma ba'du;

MIMBAR KSR akan menyambung perbincangan mengenai tanggungjawab solat. Dalam siri ke-2 ini, MIMBAR KSR ingin mengambil perhatian mengenai kepentingan solat berjemaah. Di dalam riwayat daripada Ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw pernah bersabda :

Maksudnya: "Solat berjemaah fadilatnya melebihi solat seorang diri sebanyak 27 darjat."

Hadith di atas sering kita dengar, dan selalu disampaikan oleh Ustaz-ustaz di dalam kuliyah-kuliyah mereka. Namun, kita tidak terasa apa-apa dihati tentang kelebihan ini. Masih dan kerap berlaku mahupun dirumah atau dipejabat diabaikan berjemaah itu. Bukan kata tak solat, tapi jarang didirikan solat itu berjemaah.

Didalam hadith yang lain pula, yang diriwayatkan oleh Uthman bin Affan ra menceritakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang solat isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah berqiyamullail separuh malam. Sesiapa yang bersolat subuh secara berjemaah seolah-olah dia telah berqiyamullail sepanjang malam."

Sungguh menakjubkan apabila solat berjemaah yang solatnya disebelah malam iaitu solat isyak dan subuh seumpama telah berqiyamullail sepanjang malam. Sungguh besar ganjaran yang diberikan oleh Allah ta'ala kepada hambaNya. Namun, kita masih ambil ringan terhadap solat berjemaah.
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya solat yang paling berat (untuk dilaksanakannya) oleh orang munafik ialah solat isyak dan solat subuh. (Tetapi) kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan datang (untuk solat berjemaah isyak dan subuh) walaupun dalam keadaan merangkak. Sesungguhnya aku pernah berhasrat agar solat diqamatkan, kemudian aku menyuruh seorang lelaki supaya mengimami solat, kemudian aku bersama beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka seberkas kayu api menuju ke rumah kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah untuk membakar rumah mereka."


Beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada hadith tersebut ialah pertama, solat adalah pekerjaan yang amat berat untuk dilaksanakan; kedua, ciri-ciri bagi orang munafik ialah meninggalkan solat berjemaah terutama solat isyak & subuh; ketiga manusia akan mendatangi ke masjid untuk solat berjemaah sekalipun terpaksa merangkak jika mereka tahu akan kelebihannya. Dan keempat, Rasulullah saw memberi amaran keras untuk membakar rumah mereka jika enggan berjemaah.

Renungkanlah...
bersambung...

=ksrmimbar=

Thursday, May 14, 2009

Mutiara Wahyu - Bil.5

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Kata-kata hikmah untuk hari ini dipetik daripada Al-Quran iaitu;

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa."(An-Nahl:128)

Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Allah melindungi mereka daripada musuh-musuh mereka, menghindarkan mereka dari semua bencana, membebaskan mereka dari penyakit dan menjaga mereka saat mereka dalam kemelaratan.

Sumber: Kitab "Jadilah orang yang paling bahagia" karangan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni

Renungkanlah dan selamat beramal.

bersambung...

=ksrmimbar=

Wednesday, May 13, 2009

Pengajian di Masjid Negeri SSAAS

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wrbt.
MIMBAR KSR ingin berkongsi maklumat dengan saudara-saudari sekalian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengadakan program-program berunsur keagamaan seperti Forum Perdana, Bicara Addin dan Kuliah Tasawwur Islam.
Program ini terbuka kepada orang ramai dan digalakkan membawa keluarga bersama. Program ini adalah anjuran JAIS dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Tajuk : Forum Perdana
Tarikh : 8Mac,11Apr,9Mei,13Jun,11Julai,8Ogos,10Okt,14Nov,12Dis 2009
Masa : 9.00 - 11.00 pm

Tajuk : Tasawwur Islam
Tarikh : Jumaat Malam Sabtu (Minggu Pertama setiap bulan)
Masa : Lepas Maghrib

Tajuk : Bicara Ad-din
Tarikh : Pagi Sabtu Setiap Minggu
Masa : 6.45am - 8.00am

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

p/s: Jika sekiranya saudara-saudari ingin menghebahkan aktiviti,kuliah,program,pengajian,majlis ilmu di masjid atau surau ditempat anda, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar maklumat ke ksrfkum [at] gmail.com dengan format berikut:

Tajuk :
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Penceramah :
Keterangan : (keterangan ringkas mengenai majlis ilmu,kuliah,program,aktiviti yang dijalankan)

=ksrmimbar=

Tuesday, May 12, 2009

Al-Kisah - Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Rasulullah saw sebagai rasul dan manusia yang unggul mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan yang luar biasa yang dianugerahkan kepada baginda oleh Allah swt. Antara lainnya ialah dapat melihat dibelakangnya tanpa berpaling.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;
Daripada Abu Hurairah RA berkata "Bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Adakah kalian melihat Kiblatku disini. Maka demi Allah! Tidak terselindung lagi ke atasku ruku' dan sujud kalian. Sesungguhnya aku boleh melihat kalian dari belakangku".

Diriwayatkan oleh Muslim, hadith ini mempunyai banyak jalan, daripada Anas RA, bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Wahai sekalian manusia! sesungguhnya aku adalah imam kalian. Maka janganlah kalian mendahuluiku semasa ruku' dan sujud kerana aku boleh melihat kalian dari depan dan juga belakangku."
Sumber : Kitab 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah saw karangan Sheikh Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari

bersambung...

=ksrmimbar=

Friday, May 8, 2009

Amalan - Bil.2

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Pada hari Jumaat yang mulia ini, seharusnya kita menambahkan amalan dan bekalan kita untuk hari akhirat..insyaALLAH. MIMBAR KSR akan memberikan tip ke-2 untuk kita beramal dan jadikan ia sebagai darah daging.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada abu Sa'id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah saw dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah saw bersabda; "Demi tangan yang memegang nyawa ku, surah itu seperti sepertiga al-Quran!".

Dari al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah saw, lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-ikhlas. Baginda bersabda; "Wajiblah". Saya bertanya kepadanya "Apa ya Rasulullah?" Baginda menjawab "Syurga (wajiblah syurga bagi si pembaca itu)".

Keterangan:
Surah Al-ikhlas merupakan surah yang pendek iaitu 4 ayat sahaja. Surah ini tidak susah untuk dibaca kerana sejak dari sekolah tadika lagi kita telah diajar untuk menghafalnya. Namun, semakin kita dewasa, semakin jarang kita baca atau mengamalkan melainkan kita baca dalam solat atau dikenduri arwah sahaja. Sebagaimana yang dimaklumkan dalam hadis di atas, maka adalah dianjurkan supaya kita membacanya disetiap masa terluang dan kita hadiahkan pahalanya kepada roh2 ibubapa kita yang telah meninggal dunia.

Selamat beramal.

bersambung...

=ksrmimbar=

Thursday, May 7, 2009

Mutiara Kata - Bil.4

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Kata-kata hikmah untuk hari ini;
Abdul Aziz bin Umair berkata : "Solat akan membawa mu menuju setengah perjalanan menuju syurga, puasa akan membawa mu sampai di depan pintu syurga, dan sedekah akan memasukkan mu ke dalam syurga".

Sumber: Kitab Al-Mustathraf Jil.1 hal.10

Renungkanlah dan selamat beramal.

bersambung...

=ksrmimbar=

Wednesday, May 6, 2009

Al-Kisah - Siri 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Mimbar KSR akan memaparkan kisah-kisah Nabi & Rasul, para sahabat,waliullah dan orang-orang soleh yang boleh dijadikan tauladan untuk paparan ummah sekalian.

KISAH SEDEKAH UMMU AL-MU'MININ AISYAH RA
Imam Malik meriwayatkan dalam kitabnya al-Muwattha' tentang isteri Nabi saw Aisyah ra : "Suatu ketika Aisyah berpuasa tanpa mempunyai sesuatu apapun untuk berbuka kecuali sekeping roti. Tatkala itu datanglah seorang (lelaki) fakir miskin meminta kepadanya sedikit makanan. Beliau kemudian menyuruh kepada pembantunya untuk memberi kepingan roti itu kepada si fakir tersebut, lalu dijawab oleh pembantu itu; "Sekira aku memberi kepingan roti ini, tidaklah ada lagi yang tinggal untuk berbuka". Beliau berkata, "Tidak mengapa, biarkanlah kepingan roti itu diambilnya". Pembantu Aisyah lalu memberikan sekeping roti itu kepada lelaki fakir tersebut. Tatkala waktu petang tiba, ada seseorang datang memberikan seekor kambing kepadanya. Beliau memanggil pembantunya untuk berbuka bersama dengan lauk daging kambing. Beliau berkata kepada pembantunya, "Makanlah! kerana ini terlebih baik dari mengadun roti".

bersambung...

=ksrmimbar=

Mutiara Kata - Bil.3

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin.'amma ba'du;

Kata-kata hikmah untuk hari ini;
"Redhalah dengan taqdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagikan itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah"

Sumber: Kitab "Jadilah orang yang paling bahagia" karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Renungkanlah dan selamat beramal.

bersambung...

=ksrmimbar=

Tuesday, May 5, 2009

Mutiara Kata - Bil.2

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin.

Kata-kata hikmah daripada Mimbar KSR kali ini adalah;

"Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah PENYEJUK MATA HATI orang-orang yang mengEsakan Allah dan HIBURAN bagi orang-orang yang suka beribadah."

Sumber : Kitab "Jadilah orang yang paling bahagia" karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Renungkanlah dan selamat beramal.

bersambung...

=ksrmimbar=