Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. 'amma ba'du;
DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Keterangan:Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Maryam as buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah qurban yang diwarisi turun-menurun.
Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (tafsir al-samarqandi, tafsir ayat 38,surah Ali'Imran). Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah swt, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiyamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.
Sumber : Kitab "Doa & Zikir Harian" karangan Zahazan Mohamed
Selamat beramal.
bersambung...
bersambung...
=ksrmimbar=
No comments:
Post a Comment