Friday, August 14, 2009

Forum Perdana Hal Ehwal Islam & Qiamullail

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Forum Perdana Hal Ehwal Islam akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Permasalahan Remaja dan Penyelesaiannya
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 11.00 mlm
Tempat : Masjid As-Syakirin, Bt.6 Gombak Setia, Selangor
Ahli Panel : Us. Rahim Nasir, Dr. Azhar Yaakub, Us. Solihin Mukhyi,Ustzh. Zawiyah Hasan

Tajuk : Qiamullail Perdana
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 3.30 pg
Tempat :Masjid As-Syakirin, Bt.6 Gombak Setia, Selangor
Pembimbing : Us. Osman Ibrahim
Pecutan terakhir mengadu kepada Allah swt untuk kegemilangan anak-anak dalam peperiksaan
UPSR,PMR,SPM & STAM


Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Kulliyyah Khas bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah Khas bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliyyah Khas (Rahsia Puasa)
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00am - 12.30 pm
Tempat : Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
Penceramah : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam
Keterangan : Kitab Sairussalikin Jilid 1

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Tafaqquh Fiddin

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Tafaqquh Fiddin
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Penceramah : Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Keterangan : Tajuk khas mengenai ibadah puasa

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Thursday, August 13, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H - Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

Setiap ibadah yang perlu kita kerjakan perlu pada pengetahuan tentang ibadah tersebut; ciri-cirinya, pelaksanaannya, peraturannya dan fadilat-fadilat, baru kesempurnaan ibadat itu kita rasai. Begitu juga pada ibadah puasa yang akan kita jalani nanti..perlu pada pendedahan awal teori dan praktikal, persediaan awal mental dan jasmani, pembersihan awal jiwa dan rohani pengetahuan awal fadilat dan peraturan hukum-hakam dan sebagainya.

MIMBAR KSR mengajak saudara muslimin muslimat FKUM untuk sama-sama menyemak semula, post-mortem dan menilai ke atas usaha pembaikan ibadah puasa kita pada tahun ini. Rebutlah peluang dan tawaran paling lumayan yang Allah swt sediakan selagi stok umur masih ada. Tumpukan dan fokuskan matlamat kita untuk mencapai puasa dan ibadah sunat yang lain pada yang terbaik kali ini.

bersambung...
=ksrmimbar=

Thursday, August 6, 2009

Tasawwur Islam Bersama Prof. Dato' Harun Din

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Berikut adalah maklumat tentang pengajian/kuliyah di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam:

Tajuk : Tasawwur Islam
Tarikh : 7 Ogos 2009, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid SSAAS, Shah Alam
Penceramah : Prof. Dato' Harun Din

Keterangan : Prof. Dato' Harun Din merupakan seorang pendakwah bebas dan pengamal perubatan islam yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau berpengalaman luas dalam ilmu agama dan perubatan islam. Beliau juga banyak menulis dan mengarang kitab-kitab agama. Kuliyah ini merupakan kuliyah bulanan di Masjid tersebut.

=ksrmimbar=

Wednesday, August 5, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa buat kali ke-51 akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 kali ke-51
Tarikh : 5-12 Ogos 2009
Masa : 8.30pm - 11.30 pm
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Keterangan : Masuk adalah percuma. Dapatkan cenderhati percuma disana.

Muslimin & muslimat adalah dijemput hadir. Marilah kita hidupkan generasi Al-quran.

=ksrmimbar=

Tuesday, August 4, 2009

Amalan - Bil.10

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

NISFU SYA'BAN
Bulan Rejab dimuliakan dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj. Bulan Sya'ban pula dihidupkan dengan amalan di malam Nisfu Sya'ban dan bulan Ramadhan pula dianugerahkan dengan Lailatul Qadar. Sama-samalah kita nantikan kedatangan bulan-bulan yang hebat ini.

Apa itu Nisfu Sya'ban ?
Nisfu bermaksud setengah @ separuh. Nisfu Sya'ban adalah separuh daripada bulan Sya'ban iaitu 15hb Sya'ban 1430H. Oleh itu, ia akan jatuh pada hari Rabu malam Khamis, 5 Ogos 2009.

Apa kelebihan di malam Nisfu Sya'ban ?
Berkata Abu al Abbas ibn 'Ato' : Malam Nisfu Sya'ban dinamakan malam yang berkat kerana pada malam tersebut para malaikat turun dan menghampiri bumi.

Diriwayatkan oleh 'Aisyah berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah melimpahkan kebaikan pada empat malam dan dari keempat-empat malam tersebut, Baginda menyebut malam Nisfu Sya'ban."

Dikeluarkan oleh al Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada 'Aisyah berkata: "Pada suatu malam, aku kehilangan Rasulullah saw maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda di Baqi' sedang mendonggak kepalanya ke langit. Maka Baginda saw bersabda "Adakah kamu takut Allah dan Rasulnya menzalimimu?" 'Aisyah berkata: "Bukan begitu, wahai Rasulullah! Aku cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain." Baginda saw bersabda : "Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya'ban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."

Apa yang patut kita buat di malam Nisfu Sya'ban ?
1.Memohon ampun kepada Allah swt di atas kemaksiatan yang telah dilakukan.
2.Memohon diberikan rezeki,kesihatan dan umur supaya dapat beribadat kepada Allah swt.
3.Memohon dibebaskan daripada azab api neraka.
4.Mendirikan solat sunat tasbih.
5.Membaca Al-Quran dan berdoa.
6.Ibadat-ibadat sunat yang lain.

Berkata al-Muhaddith Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim : Maka cukuplah kita bersandarkan kepada Imam Ahmad ibn Hanbal dan tabi'en yang merupakan ahli feqah yang 'alim dan wara' sebagai mengharuskan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban secara berjamaah.

Sumber : Kitab Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban karangan Syeikh Salim Al-Sanhuri Al-Maliki.

Selamat beramal.
bersambung...
=ksrmimbar=