Wednesday, April 29, 2009

Amalan - Bil.1

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin.

Mimbar KSRFKUM kali ini akan berikan tip amalan harian yang kita patut lakukan iaitu satu perbuatan yang dilakukan selepas daripada bangun tidur.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA telah bersabda Nabi Muhammad saw:

"Apabila seseorang daripada kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar sebanyak 3 kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur".

Keterangan:

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa betapa indahnya kehidupan seorang mukmin dimana setiap perbuatan dan pekerjaan telah diajar oleh Baginda Nabi Muhammad saw kepada umatnya. Betapa ruginya kalau kita tidak mengikuti sunnah-sunnah Baginda yang semestinya mendatangkan kebajikan dan pahala kepada pelakunya. Jelas hadis di atas memberi maksud supaya kita memasukkan air dan menghembuskannya keluar daripada hidung sebanyak 3 kali kerana syaitan turut tidur dalam hidung kita semasa kita tidur. Syaitan adalah musuh kita yang terang nyata, oleh itu jangan beri peluang langsung kepada syaitan untuk tidur dalam hidung kita selepas kita terjaga.

Selamat beramal!


=ksrmimbar=

No comments:

Post a Comment