Friday, April 24, 2009
Tanggungjawab Solat - Siri1
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin.
Sidang ummah kejuruteraan yang dihormati sekalian, ruangan mimbar kali ini akan membincangkan mengenai tanggungjawab solat. Kita sedia maklum bahawa solat merupakan perintah Allah swt. Ia merupakan rukun islam yang ke-2 selepas syahadah. Ia merupakan tiang agama.
Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: "Siapa yang mendirikan solat dia telah mendirikan agama. Dan siapa yang meninggalkan solat, dia telah meruntuhkan agama."
Apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang bersolat kebanyakkannya terdiri dikalangan golongan tua yang menunggu saat kematian yang pasti akan datang. Mereka inilah yang memenuhi masjid dan surau. Ke mana perginya golongan muda? Adakah mereka tidak merasai tuntutan solat yang amat besar itu? Apakah mereka tidak menyedari seksaan yang akan mereka terima di akhirat kelak sekiranya tidak bertaubat?
Pesta Sukan Staf UM 2009 sedang berlangsung sekarang, maka janganlah kita ambil ringan mengenai tuntutan solat itu. Bersukan bukannya tidak boleh tetapi solat perlu ditunaikan, terutama solat asar(sebelum sukan) dan solat maghrib (selepas sukan). Masa-masa ini adalah sangat genting (pendek) jika kita tidak ambil perhatian ia akan luput begitu saja.
Firman Allah swt bermaksud "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya" An Nissa':103.
Wallahu a'lam.
=ksrmimbar=
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment