Wednesday, May 6, 2009

Al-Kisah - Siri 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Mimbar KSR akan memaparkan kisah-kisah Nabi & Rasul, para sahabat,waliullah dan orang-orang soleh yang boleh dijadikan tauladan untuk paparan ummah sekalian.

KISAH SEDEKAH UMMU AL-MU'MININ AISYAH RA
Imam Malik meriwayatkan dalam kitabnya al-Muwattha' tentang isteri Nabi saw Aisyah ra : "Suatu ketika Aisyah berpuasa tanpa mempunyai sesuatu apapun untuk berbuka kecuali sekeping roti. Tatkala itu datanglah seorang (lelaki) fakir miskin meminta kepadanya sedikit makanan. Beliau kemudian menyuruh kepada pembantunya untuk memberi kepingan roti itu kepada si fakir tersebut, lalu dijawab oleh pembantu itu; "Sekira aku memberi kepingan roti ini, tidaklah ada lagi yang tinggal untuk berbuka". Beliau berkata, "Tidak mengapa, biarkanlah kepingan roti itu diambilnya". Pembantu Aisyah lalu memberikan sekeping roti itu kepada lelaki fakir tersebut. Tatkala waktu petang tiba, ada seseorang datang memberikan seekor kambing kepadanya. Beliau memanggil pembantunya untuk berbuka bersama dengan lauk daging kambing. Beliau berkata kepada pembantunya, "Makanlah! kerana ini terlebih baik dari mengadun roti".

bersambung...

=ksrmimbar=

No comments:

Post a Comment