Friday, May 15, 2009

Tanggungjawab Solat - Siri2

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. 'amma ba'du;

MIMBAR KSR akan menyambung perbincangan mengenai tanggungjawab solat. Dalam siri ke-2 ini, MIMBAR KSR ingin mengambil perhatian mengenai kepentingan solat berjemaah. Di dalam riwayat daripada Ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw pernah bersabda :

Maksudnya: "Solat berjemaah fadilatnya melebihi solat seorang diri sebanyak 27 darjat."

Hadith di atas sering kita dengar, dan selalu disampaikan oleh Ustaz-ustaz di dalam kuliyah-kuliyah mereka. Namun, kita tidak terasa apa-apa dihati tentang kelebihan ini. Masih dan kerap berlaku mahupun dirumah atau dipejabat diabaikan berjemaah itu. Bukan kata tak solat, tapi jarang didirikan solat itu berjemaah.

Didalam hadith yang lain pula, yang diriwayatkan oleh Uthman bin Affan ra menceritakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang solat isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah berqiyamullail separuh malam. Sesiapa yang bersolat subuh secara berjemaah seolah-olah dia telah berqiyamullail sepanjang malam."

Sungguh menakjubkan apabila solat berjemaah yang solatnya disebelah malam iaitu solat isyak dan subuh seumpama telah berqiyamullail sepanjang malam. Sungguh besar ganjaran yang diberikan oleh Allah ta'ala kepada hambaNya. Namun, kita masih ambil ringan terhadap solat berjemaah.
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya solat yang paling berat (untuk dilaksanakannya) oleh orang munafik ialah solat isyak dan solat subuh. (Tetapi) kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan datang (untuk solat berjemaah isyak dan subuh) walaupun dalam keadaan merangkak. Sesungguhnya aku pernah berhasrat agar solat diqamatkan, kemudian aku menyuruh seorang lelaki supaya mengimami solat, kemudian aku bersama beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka seberkas kayu api menuju ke rumah kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah untuk membakar rumah mereka."


Beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada hadith tersebut ialah pertama, solat adalah pekerjaan yang amat berat untuk dilaksanakan; kedua, ciri-ciri bagi orang munafik ialah meninggalkan solat berjemaah terutama solat isyak & subuh; ketiga manusia akan mendatangi ke masjid untuk solat berjemaah sekalipun terpaksa merangkak jika mereka tahu akan kelebihannya. Dan keempat, Rasulullah saw memberi amaran keras untuk membakar rumah mereka jika enggan berjemaah.

Renungkanlah...
bersambung...

=ksrmimbar=

No comments:

Post a Comment