Friday, May 8, 2009

Amalan - Bil.2

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua ummah FKUM... Amin. 'amma ba'du;

Pada hari Jumaat yang mulia ini, seharusnya kita menambahkan amalan dan bekalan kita untuk hari akhirat..insyaALLAH. MIMBAR KSR akan memberikan tip ke-2 untuk kita beramal dan jadikan ia sebagai darah daging.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada abu Sa'id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah saw dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah saw bersabda; "Demi tangan yang memegang nyawa ku, surah itu seperti sepertiga al-Quran!".

Dari al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah saw, lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-ikhlas. Baginda bersabda; "Wajiblah". Saya bertanya kepadanya "Apa ya Rasulullah?" Baginda menjawab "Syurga (wajiblah syurga bagi si pembaca itu)".

Keterangan:
Surah Al-ikhlas merupakan surah yang pendek iaitu 4 ayat sahaja. Surah ini tidak susah untuk dibaca kerana sejak dari sekolah tadika lagi kita telah diajar untuk menghafalnya. Namun, semakin kita dewasa, semakin jarang kita baca atau mengamalkan melainkan kita baca dalam solat atau dikenduri arwah sahaja. Sebagaimana yang dimaklumkan dalam hadis di atas, maka adalah dianjurkan supaya kita membacanya disetiap masa terluang dan kita hadiahkan pahalanya kepada roh2 ibubapa kita yang telah meninggal dunia.

Selamat beramal.

bersambung...

=ksrmimbar=

No comments:

Post a Comment