Wednesday, June 24, 2009

Amalan - Bil.6

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin.'amma ba'du;

Kifaratul Bauli adalah solat sunat untuk kifarat bagi najis kencing. Sebahagian daripada azab kubur adalah berpunca daripada kencing seseorang itu tidak dibersihkan dengan baik.

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: "Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya". Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: "Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering".

Sesiapa yang mengharapkan pengampunan daripada Allah swt daripada dosa yang disebabkan najis kencing yang terkena badannya atau pakaiannya secara disedari ataupun tidak, perlu sekali mereka mengerjakan solat sunat Kifaratul Bauli.

Cara melakukan Solat Kifaratul Bauli....
(a) Solat dua rakaat selepas sunat Dhuha.
(b) Rakaat pertama selepas membaca surah al-Fatihah bacal surah al-Kautsar sebanyak 7 kali.
(c) Rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 7 kali.
Lafaz niat....
"Sahaja aku solat sunat Kifaratul Baul 2 rakaat kerana Allah Taala."

Selamat beramal...bersambung

=ksrmimbar=

No comments:

Post a Comment