Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin FKUM... Amin.
MIMBAR KSR akan menyambung perbincangan mengenai tanggungjawab solat untuk siri yang ke-3 ini. Oleh kerana solat itu wajib maka kita tidak boleh melalaikannya apatah lagi sengaja meninggalkannya. Mengingatkan pentingnya solat itu, maka kepada setiap ibu bapa yang beragama Islam dianjurkan supaya mengajar anaknya bersolat ketika sebelum baligh lagi iaitu pada ketika unurnya 7 tahun sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah saw :
Maka oleh itu, jangan sekali-kali tunggu sampai umur baligh baru hendak belajar dan mengerjakan solat. Malah, masih terdapat lagi rakan sekerja kita yang belum menunaikan solat sejak bertahun-tahun lamanya. Solat itu juga menjadi pembeza sama ada seorang itu Islam atau kafir. Rasulullah saw pernah bersabda kira-kira demikian maksudnya:
"Batas antara seorang mukmin dengan kufur ialah meninggalkan solat."
Menurut suatu hadis Rasulullah saw orang yang meringankan solat itu akan diseksa dengan 15 cara seksa diantaranya 6 di dunia, 3 dirasakan tatkala ia hampir mati, 3 seksa dirasakan dalam kubur dan 3 seksa di hari qiamat. Maksudnya:
"Sesiapa memelihara solatnya maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara:
1. Dihilangkan kesempitan hidupnya.
2. Dilepaskan dari azab kubur.
3. Allah akan memberikannya catatan amal dari sebelah kanan.
4. Dia akan melewati sirat bagaikan kilat.
5. Dia akan masuk syurga dengan tanpa hisab.
Dan sesiapa yang meringan-ringankan solat maka Allah akan menyeksanya dengan 16 seksaan. 6 seksaan akan menimpanya di dunia, 3 ketika matinya, 3 di dalam kuburnya dan 3 lagi ketika keluarnya dari kubur.
6 seksaan di dunia adalah:
1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dipadamkan tanda orang saleh dari wajahnya.
3. Setiap amal yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Dia tidak memperolehi bahagian dari doa orang-orang saleh.
6. Dia akan dibenci oleh sekalian manusia.
3 seksaan yang menimpanya ketika mati ialah :
1. Dia mati dengan kehinaan.
2. Dia mati kelaparan.
3. Dia mati kehausan.
Andai dia diberi minum dengan lautan dunia tidaklah dia akan hilang dahaganya.
3 seksaan yang menimpanya di kubur adalah:
1. Kuburnya menjadi sempit sehingga remuk tulang rusuknya.
2. Dinyalakan api dalam kuburnya dan siang malam dia berguling-guling di atas bara api itu.
3. Di dalam kubur dia dikuasi oleh seekor ular besar bernama Asy-Syuja'ul Aqra'. Matanya dari api dan kuku-kukunya dari besi. Jarak antara kukunya adalah satu hari perjalanan. Ia mengajak berbicara dengan orang yang mati dan berkata :"Akulah Asy-Syuja'ul-Aqra'" Suaranya seperti petir menyambar. Ia berkata: "Aku diperintah oleh Allah untuk memukulmu kerana:
1. Engkau melalaikan solat subuh hingga terbit matahari.
2. Engkau melalaikan solat zuhur hingga datang solat asar.
3. Engkau melalaikan solat asar hingga datang solat maghrib.
4. Engkau melalaikan solat maghrib hingga datang solat isyak.
5. Engkau melalaikan solat isyak hingga terbit fajar."
Maka setiap kali ia dipukul dengan satu pukulan ia terperosok ke bumi se dalam 70 hasta dan terus menerus dia azab hingga datang hari qiamat.""
=ksrmimbar=
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment