Friday, August 14, 2009

Forum Perdana Hal Ehwal Islam & Qiamullail

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Forum Perdana Hal Ehwal Islam akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Permasalahan Remaja dan Penyelesaiannya
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 11.00 mlm
Tempat : Masjid As-Syakirin, Bt.6 Gombak Setia, Selangor
Ahli Panel : Us. Rahim Nasir, Dr. Azhar Yaakub, Us. Solihin Mukhyi,Ustzh. Zawiyah Hasan

Tajuk : Qiamullail Perdana
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 3.30 pg
Tempat :Masjid As-Syakirin, Bt.6 Gombak Setia, Selangor
Pembimbing : Us. Osman Ibrahim
Pecutan terakhir mengadu kepada Allah swt untuk kegemilangan anak-anak dalam peperiksaan
UPSR,PMR,SPM & STAM


Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Kulliyyah Khas bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah Khas bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliyyah Khas (Rahsia Puasa)
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00am - 12.30 pm
Tempat : Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
Penceramah : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam
Keterangan : Kitab Sairussalikin Jilid 1

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Tafaqquh Fiddin

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Tafaqquh Fiddin
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Penceramah : Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Keterangan : Tajuk khas mengenai ibadah puasa

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Thursday, August 13, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H - Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

Setiap ibadah yang perlu kita kerjakan perlu pada pengetahuan tentang ibadah tersebut; ciri-cirinya, pelaksanaannya, peraturannya dan fadilat-fadilat, baru kesempurnaan ibadat itu kita rasai. Begitu juga pada ibadah puasa yang akan kita jalani nanti..perlu pada pendedahan awal teori dan praktikal, persediaan awal mental dan jasmani, pembersihan awal jiwa dan rohani pengetahuan awal fadilat dan peraturan hukum-hakam dan sebagainya.

MIMBAR KSR mengajak saudara muslimin muslimat FKUM untuk sama-sama menyemak semula, post-mortem dan menilai ke atas usaha pembaikan ibadah puasa kita pada tahun ini. Rebutlah peluang dan tawaran paling lumayan yang Allah swt sediakan selagi stok umur masih ada. Tumpukan dan fokuskan matlamat kita untuk mencapai puasa dan ibadah sunat yang lain pada yang terbaik kali ini.

bersambung...
=ksrmimbar=

Thursday, August 6, 2009

Tasawwur Islam Bersama Prof. Dato' Harun Din

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Berikut adalah maklumat tentang pengajian/kuliyah di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam:

Tajuk : Tasawwur Islam
Tarikh : 7 Ogos 2009, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid SSAAS, Shah Alam
Penceramah : Prof. Dato' Harun Din

Keterangan : Prof. Dato' Harun Din merupakan seorang pendakwah bebas dan pengamal perubatan islam yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau berpengalaman luas dalam ilmu agama dan perubatan islam. Beliau juga banyak menulis dan mengarang kitab-kitab agama. Kuliyah ini merupakan kuliyah bulanan di Masjid tersebut.

=ksrmimbar=

Wednesday, August 5, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa buat kali ke-51 akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 kali ke-51
Tarikh : 5-12 Ogos 2009
Masa : 8.30pm - 11.30 pm
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Keterangan : Masuk adalah percuma. Dapatkan cenderhati percuma disana.

Muslimin & muslimat adalah dijemput hadir. Marilah kita hidupkan generasi Al-quran.

=ksrmimbar=

Tuesday, August 4, 2009

Amalan - Bil.10

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

NISFU SYA'BAN
Bulan Rejab dimuliakan dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj. Bulan Sya'ban pula dihidupkan dengan amalan di malam Nisfu Sya'ban dan bulan Ramadhan pula dianugerahkan dengan Lailatul Qadar. Sama-samalah kita nantikan kedatangan bulan-bulan yang hebat ini.

Apa itu Nisfu Sya'ban ?
Nisfu bermaksud setengah @ separuh. Nisfu Sya'ban adalah separuh daripada bulan Sya'ban iaitu 15hb Sya'ban 1430H. Oleh itu, ia akan jatuh pada hari Rabu malam Khamis, 5 Ogos 2009.

Apa kelebihan di malam Nisfu Sya'ban ?
Berkata Abu al Abbas ibn 'Ato' : Malam Nisfu Sya'ban dinamakan malam yang berkat kerana pada malam tersebut para malaikat turun dan menghampiri bumi.

Diriwayatkan oleh 'Aisyah berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah melimpahkan kebaikan pada empat malam dan dari keempat-empat malam tersebut, Baginda menyebut malam Nisfu Sya'ban."

Dikeluarkan oleh al Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada 'Aisyah berkata: "Pada suatu malam, aku kehilangan Rasulullah saw maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda di Baqi' sedang mendonggak kepalanya ke langit. Maka Baginda saw bersabda "Adakah kamu takut Allah dan Rasulnya menzalimimu?" 'Aisyah berkata: "Bukan begitu, wahai Rasulullah! Aku cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain." Baginda saw bersabda : "Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya'ban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."

Apa yang patut kita buat di malam Nisfu Sya'ban ?
1.Memohon ampun kepada Allah swt di atas kemaksiatan yang telah dilakukan.
2.Memohon diberikan rezeki,kesihatan dan umur supaya dapat beribadat kepada Allah swt.
3.Memohon dibebaskan daripada azab api neraka.
4.Mendirikan solat sunat tasbih.
5.Membaca Al-Quran dan berdoa.
6.Ibadat-ibadat sunat yang lain.

Berkata al-Muhaddith Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim : Maka cukuplah kita bersandarkan kepada Imam Ahmad ibn Hanbal dan tabi'en yang merupakan ahli feqah yang 'alim dan wara' sebagai mengharuskan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban secara berjamaah.

Sumber : Kitab Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban karangan Syeikh Salim Al-Sanhuri Al-Maliki.

Selamat beramal.
bersambung...
=ksrmimbar=

Friday, July 31, 2009

Kulliyyah Bulanan Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah bulanan Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliyyah Bulanan
Tarikh : Ahad,2 Ogos 2009
Masa : 9.00am - 12.30 pm
Tempat : Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
Penceramah : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam
Keterangan : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan menggunakan kitab Sairussalikin Jilid 1 untuk kuliyyah ini.

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Thursday, July 30, 2009

Malam Aspirasi Generasi Salahuddin : "Pidato Perdana"

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Pidato Perdana Malam Aspirasi Generasi Salahuddin akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Malam Aspirasi Generasi Salahuddin
Tarikh : Sabtu, 1 Ogos 2009/10 Syaaban 1430
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Negeri SSAAS, Shah Alam
Pemidato Khas : Al-Fadhil Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Friday, July 24, 2009

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Forum Perdana Hal Ehwal Islam akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Israk & Mikraj - Berlari ke Langit
Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2009
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid As-Shariff, Simpang 3, Gombak
Ahli Panel : Al-Fadhil Us.Hassan Mahmud Al-Hafiz, Us. Mohd Nizam dan Ustz. Zawiyah

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Thursday, July 16, 2009

Kuliah Bulanan Al-Fadhil Us. Mohd Kazim Elias Al-hafiz

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Makluman untuk muslimin & muslimat. Siri pengajian agama oleh Al-Fadhil Us. Mohd Kazim Elias Al-Hafiz akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliah Maghrib
Tarikh : 17 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : Lepas solat maghrib
Tempat : Surau Al-Iman, Kemensah Heights, Belakang Zoo Negara
Keterangan : Kitab Bahrul Madzi Jilid 15 & Kitab Muhimmah

Tajuk : Kuliah Suboh
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : Lepas solat Suboh
Tempat : Surau AU4/7, Ampang Ulu Kelang
Keterangan : Kitab Jagalah Allah...Allah menjaga kamu...

Tajuk : Kuliah Dhuha (Ijtimak Ilmu)
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Surau Al-Iman, Kemensah Heights, Belakang Zoo Negara

Tajuk : Kuliah Maghrib
Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Masjid as-Sobirin, AU5C, Ampang Ulu Kelang

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Wednesday, July 15, 2009

Forum Perdana di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Forum Perdana sempena sambutan Israk & Mi'raj akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Israk & Mi'raj Menjana Keperibadian Muslim
Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa : selepas Maghrib
Tempat : Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya
Ahli panel : Us. Dr. Roslan Mohammad, Us. Hashim Yahya, Us. Ridwan Tee Abdullah

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Friday, July 10, 2009

Forum Perdana di Masjid Negeri SSAAS, Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan menganjurkan Forum Perdana bersiri dan bersilibus. Program ini terbuka kepada orang ramai dan digalakkan membawa keluarga bersama.

Tajuk : Forum Perdana Ehwal Islam
Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 11.00 pm
Ahli Panel : Us. Dato' Kamaruddin Zakaria, Us.Wan Sohor Bani Leman dan Us.Datuk Hasan Din Al-Hafiz

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Program Qiyamullail pada 12 Julai 2009 (Ahad)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu program Qiyamullail akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tajuk : Qiyamullail & Kuliah Suboh
Tarikh : 12 Julai 2009 (Ahad)
Masa : mulai 3.30 pagi
Tempat : Masjid As-Syakirin,Gombak Setia, Selangor
Pimpinan : Al-Fadhil Us. Othman Ibrahim

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir. Program ini sangat baik untuk anak-anak kita yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.

=ksrmimbar=

Thursday, July 9, 2009

Program Ijtimak Malaysia 2009

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu program Ijtimak akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tajuk : Ijtimak Malaysia 2009
Tarikh : 9,10,11 & 12 Julai 2009
Masa : Selepas Solat Asar
Tempat : Masjid Kuarters KLIA, Salak Tinggi, Sepang
Aturcara :9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
10 Julai 2009 – JUMAAT

- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum2
. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
11 Julai 2009 – SABTU

- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program untuk Ulama'
2. Program untuk Khawas/VVIP
3. Program untuk Pelajar2 Dewasa
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek
12 Julai 2009 - AHAD

- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)
1. Nasihat Untuk Jemaah Yang Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

Muslimin adalah dijemput hadir. Makanan dan shuttle service disediakan.
Maklumat lanjut di http://ijtimakmalaysia.blogspot.com
=ksrmimbar=

Wednesday, July 8, 2009

Amalan - Bil.9

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;


DOA MENGHINDARI ANCAMAN WABAK






Keterangan:

Mantan Mufti Negeri Sembilan, Dato` Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggegarkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Tok Sheikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:
" Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba".

Sumber : Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad
Selamat beramal.
bersambung...

=ksrmimbar=

Tuesday, July 7, 2009

Al-Kisah - Siri 7

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Keterangan:
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Sumber : Kitab "40 Hadis Peristiwa akhir zaman" susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi
bersambung...
=ksrmimbar=

Monday, July 6, 2009

Mutiara Wahyu - Bil.8

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita muslimin & muslimat FKUM... Amin.

Kata-kata hikmah kali ini adalah daripada surah Al-Balad ayat 4 bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al-Balad:4)

Keterangan:
Inilah sunnah yang tidak akan berubah bagi manusia dimana manusia itu harus bekerja keras, harus berada dalam kesulitan, dan harus menjalani kehidupan yang tertekan. Itu ertinya, manusia harus mengenali kenyataan dirinya, dan kemudian berusaha bagaimana menghadapi kehidupannya.

Sumber: Kitab "Jadilah orang yang paling bahagia" karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.
Renungkanlah dan selamat beramal.
bersambung...
=ksrmimbar=

Thursday, July 2, 2009

Tasawwur Islam Bersama Prof. Dato' Harun Din

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Berikut adalah maklumat tentang pengajian/kuliyah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Tajuk : Tasawwur Islam
Tarikh : 3 Julai 2009, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid SSAAS, Shah Alam
Penceramah : Prof. Dato' Harun Din
Keterangan : Prof. Dato' Harun Din merupakan seorang pendakwah bebas dan pengamal perubatan islam yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau berpengalaman luas dalam ilmu agama dan perubatan islam. Beliau juga banyak menulis dan mengarang kitab-kitab agama. Kuliyah ini merupakan kuliyah bulanan di Masjid tersebut.

Semua dijemput hadir dan bawa bersama keluarga.
=ksrmimbar=

Wednesday, July 1, 2009

Amalan - Bil.8

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin.'amma ba'du;

AMALAN BULAN REJAB

Keterangan:
Bulan Rejab adalah bulan untuk membersihkan diri (penghapusan dosa), bulan Syaaban adalah bulan untuk menanam benih dan bulan Ramadhan adalah bulan untuk menuai. Sama-samalah kita memperingati sesama sendiri mudah-mudahan amalan ini dapat membantu kita untuk mendapat keampunan dan keridhoaan Allah jua.

Sumber : Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki
Selamat beramal.
bersambung...

=ksrmimbar=

Tuesday, June 30, 2009

Amalan - Bil.7

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin.'amma ba'du;


ORANG YANG MEMAKMURKAN MASJID


Keterangan:
Masjid merupakan rumah Allah. Di dalam masjid, segala bentuk ibadah boleh dilakukan seperti solat, majlis ilmu, berzikir, membaca al-quran dan lain-lain lagi. Tidak ada satu aktiviti yang terlarang dari hukum syarak boleh dilakukan di dalam masjid hatta bercakap mengenai hal dunia pun adalah haram. Demikian mulianya fungsi masjid sebagai pembangunan ummah dan aktiviti kemasyarakatan. Justeru itu, apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw, mereka yang memakmurkan masjid adalah mereka itu kekasih Allah yang sentiasa mendapat keredhaan dan keampunan Allah. Oleh yang demikian, janganlah kita sempitkan pemikiran, bagi mereka yang datang ke masjid itu hanyalah untuk bersolat sahaja.

Sumber : "Himpunan Hadith 10 Sahabat" susunan Sheikh Nurruddin Marbu Al-Banjari

Selamat beramal.
bersambung...
=ksrmimbar=

Monday, June 29, 2009

Mutiara Hadis - Bil.7

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita muslimin & muslimat FKUM... Amin.

Kata-kata hikmah kali ini dikutip daripada sepotong hadis:



Keterangan:

Kita tidak lekang daripada mempunyai teman dan taulan. Sebagai makhluk bernama manusia, kita perlu mempunyai teman untuk berkongsi ilmu, emosi, pengalaman dan sebagainya. Sebaik-baik teman yang perlu kita cari ialah ulamak, guru, pembimbing dan ibubapa yang boleh mendorong kita untuk mengingati Allah, menambah ilmu dan amalan.


Sumber: Kitab "Himpunan Hadis 10 Sahabat" susunan Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Renungkanlah dan selamat beramal.
bersambung...

=ksrmimbar=

Friday, June 26, 2009

Forum Perdana Ehwal Islam pada 28 Jun 2009 (Ahad)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Satu Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "Antara Dua Dunia" akan diadakan pada 28 Jun 2009 (Ahad) bertempat di Masjid Khairiah, Tmn. Sri Gombak, Selangor . Program ini terbuka kepada orang ramai dan digalakkan membawa keluarga bersama.

Tajuk : Forum Perdana Ehwal Islam (Antara Dua Dunia)
Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
Masa : 7.00 - 11.00 mlm
Tempat : Masjid Al-Khairiah, Tmn. Sri Gombak, Selangor
Ahli Panel : Us. Dr. Roslan Mohamad (UM) dan Us. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Kulliyyah Bulanan Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah bulanan Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliyyah Bulanan
Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00am - 12.30 pm
Tempat : Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
Penceramah : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam
Keterangan : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan menggunakan kitab Sairussalikin Jilid 1 untuk kuliyyah ini.

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Thursday, June 25, 2009

Al-Kisah - Siri 6

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

Anas ra menceritakan bahawa Rasulullah saw selalu memberi (sesuatu) setiap orang yang bertanya kepadanya tentang Islam. Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian beliau hadiahkan kepadanya kambing yang banyak. Selepas lelaki itu kembali ke kaumnya, dia mengatakan "Wahai kaumku, peluklah agama Islam, kerana sungguh Muhammad saw telah menghadiahkan sesuatu kepada ku. Beliau sangatlah pemurah dan tidak pernah takut dengan kemiskinan." Diriwiyatkan oleh Muslim.

Sumber : Kitab "Berubat dengan Sedekah" karangan Hasan bin Ahmad Hasan Humam

bersambung...
=ksrmimbar=

Wednesday, June 24, 2009

Amalan - Bil.6

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin.'amma ba'du;

Kifaratul Bauli adalah solat sunat untuk kifarat bagi najis kencing. Sebahagian daripada azab kubur adalah berpunca daripada kencing seseorang itu tidak dibersihkan dengan baik.

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: "Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya". Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: "Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering".

Sesiapa yang mengharapkan pengampunan daripada Allah swt daripada dosa yang disebabkan najis kencing yang terkena badannya atau pakaiannya secara disedari ataupun tidak, perlu sekali mereka mengerjakan solat sunat Kifaratul Bauli.

Cara melakukan Solat Kifaratul Bauli....
(a) Solat dua rakaat selepas sunat Dhuha.
(b) Rakaat pertama selepas membaca surah al-Fatihah bacal surah al-Kautsar sebanyak 7 kali.
(c) Rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 7 kali.
Lafaz niat....
"Sahaja aku solat sunat Kifaratul Baul 2 rakaat kerana Allah Taala."

Selamat beramal...bersambung

=ksrmimbar=

Tuesday, June 23, 2009

Al-Kisah - Siri 5


Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

Ada seorang pemuda telah bermimpi di dalam tidurnya lalu menceritakan kepada temannya mengenai kejadian mimpi tersebut. Di dalam mimpi itu ia telah dipilih untuk pergi menunaikan haji sedangkan ia tidak bercita-cita apatah lagi terlintas dihatinya kerana ia masih di dalam usia yang muda. Banyak lagi hiburan dan keseronokan dunia perlu ia kecapi sebagai orang muda yang mana usia muda itu hanya datang sekali dalam seumur hidup. Untuk pendekkan cerita, satelah terjaga dari tidur, ia menangis mengenangkan kejadian yang berlaku di dalam mimpi tersebut. Apakah ini petanda kematian (di panggil oleh Allah)? Apakah ini satu peringatan? Apakah ini salah satu tanda kasih Allah akan hambanya?

Keterangan:
Pergi menunaikan haji merupakan satu ibadah yang dituntut di dalam rukun islam yang kelima. Ibadah adalah satu bentuk pengabdian hamba kepada penciptanya. Jemaah haji merupakan tetamu Allah yang terpilih. Maka mimpi tersebut merupakan mimpi yang baik seperti sabda Rasulullah saw :

Qada' dan Qadar datangnya dari Allah jua. Dan Allah telah menentukan sesuatu yang baik itu kepada hambaNya yang beriman dengan ketentuan yang terbaik sebagaimana hadith berikut:


Tangisan seorang hamba yang takut akan azab Allah akan melepaskan dirinya dari azab api neraka seperti sabda Nabi saw :


Pada kebiasaannya selepas tangisan akan menyusul penyesalan dan keinsafan. Maka Nabi Muhammad saw telah menganjurkan kita supaya melazimi beristighfar supaya Allah swt akan memberi jalan keluar daripada kesulitan. Sabda Nabi saw :

Akhir sekali, nikmat kesihatan dan kelapangan merupakan dua nikmat yang manusia sering tertipu. Tertipu disini, ulamak menghuraikan sebagai tidak mahu beribadat kepada Allah swt. Pada usia muda, biasanya jarang dihinggapi penyakit(sihat). Pada usia muda juga, ia merasakan ia kuat dan berdaya untuk melakukan kerja-kerja (sibuk) untuk mencari keperluan hidup. Jadi golongan inilah yang merasakan diri mereka memadai dengan usaha sendiri (tidak mahu beribadat kepada Allah swt). Rasulullah saw ada menyebut di dalam hadith:

wallahu a'lam
bersambung...
=ksrmimbar=

Monday, June 22, 2009

Mutiara Kata - Bil.6

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita muslimin FKUM... Amin.

Kata-kata hikmah daripada MIMBAR KSR kali ini ialah;

"Percayalah pada kemampuan diri sendiri, dan janganlah menggantungkan diri pada orang lain. Anggaplah bahawa mereka memerlukan anda, dan bukan anda yang memerlukan mereka. Hanya Allah lah yang selalu bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang-orang yang selalu berfoya-foya."

Sumber : Kitab "Jadilah orang yang paling bahagia" karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Renungkanlah dan selamat beramal.

bersambung...
=ksrmimbar=

Friday, June 19, 2009

Kulliyyah Sheikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Siri pengajian agama Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliyyah Bulanan
Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Masa : 9.00pg - 12.30 tgh
Tempat : Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
Penceramah : Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari Al-Makki
Keterangan : Sheikh Muhammad Nuruddin akan menggunakan kitab Himpunan Hadith Riwayat 10 sahabat Jilid 2 dan Kitab Mukhtasor Nashoih ad-diniyah.

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Tuesday, June 16, 2009

Al-Kisah - Siri 4

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah, lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadhan, beliau sangat pemurah di bulan itu. Di bulan Ramadhan Rasulullah sering berjumpa dengan Jibril as. Setiap malamnya Jibril mengajarkan Rasulullah saw al-Quran. Sungguh beliau adalah pembawa rahmat, lebih mulia daripada hembusan angin yang sejuk. (Al-Bukhari Jilid 1)

Jabir ra mengatakan bahawa sesiapa yang meminta kepada Rasulullah saw, beliau pasti memberikannya. (Mutafaqqun alaih).

Sumber : Kitab "Berubat dengan Sedekah" karangan Hasan bin Ahmad Hasan Humam


bersambung...
=ksrmimbar=

Friday, June 12, 2009

Kuliyyah Bulanan Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Kuliyyah bulanan Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan diadakan seperti berikut :

Tajuk : Kuliyyah Bulanan
Tarikh : 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa : 9.00am - 12.00 pm
Tempat : Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
Penceramah : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam
Keterangan : Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam akan menggunakan kitab Sairussalikin Jilid 1 untuk kuliyyah ini. Beliau merupakan antara ulamak besar di negara ini.

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.
=ksrmimbar=

Forum Perdana di Masjid Negeri SSAAS, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan menganjurkan Forum Perdana bersiri dan bersilibus. Program ini terbuka kepada orang ramai dan digalakkan membawa keluarga bersama.

Tajuk : Forum Perdana
Tarikh : 13 Jun 2009 (sabtu)
Masa : 9.00 - 11.00 pm
Tempat : Masjid SSAAS, Shah Alam
Ahli Panel : Us. Hassan Mahmud al-hafiz dan Ust. Dr. Robiah K. Hamzah

Zikir Munajat yang dipimpin oleh Us.Othman Ibrahim akan diadakan selepas solat fardhu Maghrib dan qiamullail pada pukul 3.00 pagi.

Muslimin & Muslimat adalah dijemput hadir.

=ksrmimbar=

Thursday, June 11, 2009

Amalan - Bil.5

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

DOA BUAT PENGANTIN BARU

Keterangan:
Musim cuti sekolah pertengahan tahun ini yang bermula daripada 30 Mei 2009 hingga 14 Jun 2009, banyak program kenduri kahwin diadakan. MIMBAR KSR ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi kepada anda satu doa yang sangat baik yang patut kita ucapkan kepada pasangan pengantin baru, selain datang untuk menjamu hidangan yang disediakan untuk tetamu. Semoga pengantin yang dirai mendapat keberkatan berpanjangan.

MIMBAR KSR mengambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru kepada EN. MOHAMAD NORLI ROPIDI MOHD. ADNAN (JKA) dan EN. MOHD. HELMI RIZAL B. SALAHUDIN (JKBP) kerana melangsungkan perkahwinannya. Kepada PROF. DR. IR. HJ. MOHD. ZAMIN B. HJ. JUMAAT (JKA) dan EN. MOHIDDIN B. SHAMSUDIN (JKA) selamat menyambut menantu baru.

Sumber : Kitab "Doa & Zikir Harian" karangan Zahazan Mohamed

Selamat beramal.
bersambung...

=ksrmimbar=

Wednesday, June 10, 2009

Tanggungjawab Solat - Siri 3

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin FKUM... Amin.

MIMBAR KSR akan menyambung perbincangan mengenai tanggungjawab solat untuk siri yang ke-3 ini. Oleh kerana solat itu wajib maka kita tidak boleh melalaikannya apatah lagi sengaja meninggalkannya. Mengingatkan pentingnya solat itu, maka kepada setiap ibu bapa yang beragama Islam dianjurkan supaya mengajar anaknya bersolat ketika sebelum baligh lagi iaitu pada ketika unurnya 7 tahun sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah saw :

Maka oleh itu, jangan sekali-kali tunggu sampai umur baligh baru hendak belajar dan mengerjakan solat. Malah, masih terdapat lagi rakan sekerja kita yang belum menunaikan solat sejak bertahun-tahun lamanya. Solat itu juga menjadi pembeza sama ada seorang itu Islam atau kafir. Rasulullah saw pernah bersabda kira-kira demikian maksudnya:

"Batas antara seorang mukmin dengan kufur ialah meninggalkan solat."

Menurut suatu hadis Rasulullah saw orang yang meringankan solat itu akan diseksa dengan 15 cara seksa diantaranya 6 di dunia, 3 dirasakan tatkala ia hampir mati, 3 seksa dirasakan dalam kubur dan 3 seksa di hari qiamat. Maksudnya:

"Sesiapa memelihara solatnya maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara:

1. Dihilangkan kesempitan hidupnya.
2. Dilepaskan dari azab kubur.
3. Allah akan memberikannya catatan amal dari sebelah kanan.
4. Dia akan melewati sirat bagaikan kilat.
5. Dia akan masuk syurga dengan tanpa hisab.

Dan sesiapa yang meringan-ringankan solat maka Allah akan menyeksanya dengan 16 seksaan. 6 seksaan akan menimpanya di dunia, 3 ketika matinya, 3 di dalam kuburnya dan 3 lagi ketika keluarnya dari kubur.

6 seksaan di dunia adalah:

1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dipadamkan tanda orang saleh dari wajahnya.
3. Setiap amal yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Dia tidak memperolehi bahagian dari doa orang-orang saleh.
6. Dia akan dibenci oleh sekalian manusia.

3 seksaan yang menimpanya ketika mati ialah :

1. Dia mati dengan kehinaan.
2. Dia mati kelaparan.
3. Dia mati kehausan.

Andai dia diberi minum dengan lautan dunia tidaklah dia akan hilang dahaganya.

3 seksaan yang menimpanya di kubur adalah:

1. Kuburnya menjadi sempit sehingga remuk tulang rusuknya.
2. Dinyalakan api dalam kuburnya dan siang malam dia berguling-guling di atas bara api itu.
3. Di dalam kubur dia dikuasi oleh seekor ular besar bernama Asy-Syuja'ul Aqra'. Matanya dari api dan kuku-kukunya dari besi. Jarak antara kukunya adalah satu hari perjalanan. Ia mengajak berbicara dengan orang yang mati dan berkata :"Akulah Asy-Syuja'ul-Aqra'" Suaranya seperti petir menyambar. Ia berkata: "Aku diperintah oleh Allah untuk memukulmu kerana:

1. Engkau melalaikan solat subuh hingga terbit matahari.
2. Engkau melalaikan solat zuhur hingga datang solat asar.
3. Engkau melalaikan solat asar hingga datang solat maghrib.
4. Engkau melalaikan solat maghrib hingga datang solat isyak.
5. Engkau melalaikan solat isyak hingga terbit fajar."

Maka setiap kali ia dipukul dengan satu pukulan ia terperosok ke bumi se dalam 70 hasta dan terus menerus dia azab hingga datang hari qiamat.""

=ksrmimbar=

Tuesday, June 9, 2009

Pengajian di Masjid Abu Bakr As-Siddiq, Bangsar

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Berikut adalah maklumat tentang pengajian/kuliyah di Masjid Abu Bakr As-Siddiq,Bangsar,Kuala Lumpur.

Tajuk : Kuliah Maghrib
Tarikh : Setiap Rabu, Minggu ke-2 & 4
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Abu Bakr As-Siddiq, Bangsar
Penceramah : Us. Zamihan Mat Zin
Keterangan : Us. Zamihan menggunakan kitab "Makna sebenar bid'ah: Satu penjelasan rapi" karangan Sheikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari. Beliau akan mengupas dan syarah secara terperinci mengenai gejala tuduhan bid'ah. Beliau juga ada memberikan kuliyah di Masjid Ar-Rahman, UM pada tazkirah Jumaat minggu ke-2 setiap bulan. Beliau merupakan Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.


=ksrmimbar=

Thursday, June 4, 2009

Tasawwur Islam Bersama Prof. Dato' Harun Din

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wrbt.
Berikut adalah maklumat tentang pengajian/kuliyah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Tajuk : Tasawwur Islam
Tarikh : 5 Jun 2009, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid SSAAS, Shah Alam
Penceramah : Prof. Dato' Harun Din
Keterangan : Prof. Dato' Harun Din merupakan seorang pendakwah bebas dan pengamal perubatan islam yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau berpengalaman luas dalam ilmu agama dan perubatan islam. Beliau juga banyak menulis dan mengarang kitab-kitab agama. Kuliyah ini merupakan kuliyah bulanan di Masjid tersebut.

=ksrmimbar=